Thursday 9 May 2013

Happy first birthday fathi!!!

Selamat hari jadi utk anakanda fathi zulfiqar... Hari ini setahun yg lepas mama bertarung nyawa melahirkan fathi... Sejak pagi lebih kurang pukul 10 mama dah rase sakit... Pergi ke hospital doktor pun menjangkakan fathi akan lahir mungkin semasa maghrib.. Disebabkan rumah hanya besebelahan sahaja, dr suruh mama balik dulu... Tak lama mama rasekan semakin sakit... Dah tak tahan, lbh kurang 3.40 ptg mama ke hosp umra... Terus dibawa ke labor room dan fathi mmg dah nak keluar dah masa tu!!! Alhamdulillah lbh kurang 4.10 ptg fathi selamat dilahirkan secara vakum...

Mama sangat brsyukur dpt memberi susu ibu kepada fathi sehingga skang.. Nasib baik mama dpt bercuti menjaga fathi dan kakak sementara mengikut babah belajar di jepun ni... Harap2 mama dpt terus susukan fathi sehingga dua tahun...

Mama rasa fathi seorang anak yg hebat.. Dari kecik lagi fathi dah diduga apabila mengalami demam panas pd hari ke lapan... Selama 18 hari kita berdua terkurung di wad NICU hosp selayang... Mama dan babah harap keputusan tidak membenarkan doktor membuat lumbar puncture test ke atas fathi adalah satu keputusan yg tepat.. Tak mengapa lah fathi apa pun yg terjadi di masa akan datang mama redha.. 

Insha Allah eczema fathi tak lama lagi akan hilang... Mama yakin sama macam kakak juga lps setahun lebih kulit die dah cantik.. Fathi pun mesti bertambah comel bile kulit dah licin mcm baby2 lain...

Semoga fathi menjadi anak yg soleh dan bakal pemimpin yg baik... Mama babah dan kakak sangat sayangkan fathi... Selamat hari jadi yang pertama adik fathi 😊😊






No comments:

Post a Comment